Pembukaan Kaunter Pendaftaran Keahlian dan Penyebaran Perkhidmatan Pintar NADI Sempena Hari Inovasi dan Kreativiti di SK Melugu
10 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 9 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah membuka kaunter (booth) sempena Hari Inovasi dan Kreativiti di Sekolah Kebangsaan (SK) Melugu. Pembukaan kaunter ini bertujuan untuk mendaftarkan keahlian hadirin secara percuma dan mewar-warkan perkhidmatan pintar NADI.
Hari Inovasi dan Kreativiti ini berlangsung di dewan SK Melugu yang dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku lalu diikuti dengan bacaan doa. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SK Melugu iaitu En. Louis anak Aom dan diikuti dengan ucapan perasmian daripada ahli Parlimen P202 Sri Aman iaitu YB Dato’Sri Doris Sophia anak Brodi.
Program diteruskan dengan sesi gimik SK Melugu. En. Louis turut menyampaikan tanda penghargaan kepada YB Dato’Sri Doris Sophia atas kesudian beliau menghadirkan diri dan seterusnya menyempurnakan program tersebut. En. Louis telah menjemput YB Dato’ Sri dan tetamu jemputan untuk menjamu selera di tempat yang telah disediakan. Mereka kemudian dijemput untuk melawat kaunter-kaunter terbuka yang terdiri daripada NADI Melugu, Pejabat Kesihatan Sri Aman, Tabung Darah Hospital Sri Aman dan Bank Simpanan Nasional Sri Aman.
Selain itu, terdapat juga beberapa orang usahawan yang turut menjual hasil tanaman dan sayur-sayuran mereka. Terdapat beberapa kaunter pameran beserta permainan menguji minda yang diadakan di beberapa buah kelas seperti kaunter Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Iban, Sejarah, Sains, Sistem Keluarga Asrama (SISKA), pendigitalan dan banyak lagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: